England 2022 Commonwealth Games

Sukan Komanwel 2022, (Bahasa Inggeris: 2022 Commonwealth Games) secara rasminya dikenali sebagai Sukan Komanwel XXII dan umumnya dikenali sebagai Birmingham 2022, merupakan sebuah acara pelbagai sukan antarabangsa untuk ahli-ahli Komanwel yang sedang berlangsung di Birmingham, England dari 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.[1]Birmingham diumumkan sebagai tuan rumah pada 21 Disember 2017, menandakan kali ketiga England menganjurkan Sukan Komanwel selepas London 1934 dan Manchester 2002, dan temasya ketujuh di United Kingdom selepas London dan Manchester, Cardiff 1958, Edinburgh 1970 dan 1986, dan Glasgow 2014.